Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Strategi-Strategi Pemahaman Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan Dalam Kursus Statistik 1

Mohd Kosnin, Azlina and Mohd Khalid, Siti Hajjar (2010) Strategi-Strategi Pemahaman Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan Dalam Kursus Statistik 1. Strategi-Strategi Pemahaman Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan Dalam Kursus Statistik 1 . pp. 1-12. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
211Kb

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji strategi-strategi pemahaman yang digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik khususnya matematik berperkataan. Kajian ini telah dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian adalah seramai 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun satu kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik). Satu ujian bertulis Statistik 1 telah diberikan kepada responden dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif (peratusan) dan kaedah kualitatif (huraian). Temubual dengan kesemua responden telah dilakukan dan temu bual tersebut dirakam Temubual yang telah dirakam ditranskrip untuk dianalisis. Analisis menunjukkan beberapa strategi-strategi pemahaman telah digunakan dalam penyelesaian masalah matematik berperkataan iaitu strategi pemahaman dari segi umum (penterjemahan dan internalisasi), strategi pemahaman dari segi frasa (mengenalpasti subjek, kata kunci dan arahan) dan strategi pemahaman dari segi bahasa (semantik dan sintaktik). Selain itu, kajian juga mendapati strategi pemahaman dari segi frasa (mengenalpasti kata kunci) paling banyak kali digunakan dan mempunyai peratusan yang tinggi mendapat jawapan yang betul (36.6%) Katakunci: masalah matematik, strategi-strategi pemahaman

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah matematik, strategi-strategi pemahaman
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10885
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Nov 2010 07:03
Last Modified:06 Nov 2010 07:03

Repository Staff Only: item control page