Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemikiran Raja Ali Haji tentang sifat dengki: Analisis terhadap Thamarat Al-Muhimmah dan Tuhfat Al-Nafis

Kasa, Annuar Ramadhon and Abdullah, Akmaliza (2022) Pemikiran Raja Ali Haji tentang sifat dengki: Analisis terhadap Thamarat Al-Muhimmah dan Tuhfat Al-Nafis. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 9 (3). pp. 67-81. ISSN 2289-8204

[img] PDF
307kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/umran2022.9n3.577

Abstract

Dengki merupakan salah satu masalah psikologi yang boleh mencetuskan pelbagai impak negatif seperti fitnah, perkelahian dan pembunuhan. Sifat ini mendapat perhatian khusus Raja Ali Haji secara teori dalam bahagian penutup Thamarat al-Muhimmah (karya ketatanegaraan) manakala contoh-contoh realiti berbentuk sejarah dapat dilihat dalam Tuhfat al-Nafis (karya sejarah). Justeru, artikel ini akan menganalisis pemikiran Raja Ali Haji tentang dengki dalam kedua-dua karya tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mengaplikasikan metode kajian kepustakaan bagi mengumpul data. Manakala metode analisis tekstual dengan pendekatan induktif diaplikasikan bagi menganalisis data. Kajian ini merumuskan pandangan Raja Ali Haji secara holisitik terhadap dengki merangkumi definisi, balasan, contoh-contoh sejarah dan penawarnya. Menurut beliau, dengki merupakan salah satu krisis disposisi dalaman manusia yang berorientasikan kezaliman. Penayangan sifat dengki dalam kedua- dua karya tersebut mencerminkan matlamat beliau untuk melahirkan manusia yang baik dengan membebaskan diri daripada dengki. Usaha-daya pembebasan daripada krisis dalaman yang berorientasikan kezaliman adalah suatu yang signifikan dalam usaha melahirkan manusia yang baik kerana dengki mengkonsekuensikan sejumlah kerugian kepada diri pelaku di dunia dan akhirat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pemikiran Raja Ali Haji, dengki, Thamarat al-Muhimmah, Tuhfat al-Nafis, kezaliman
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:108838
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:11 Dec 2024 09:31
Last Modified:11 Dec 2024 09:31

Repository Staff Only: item control page