Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap pematuhan pensijilan halal Malaysia dalam kalangan pengurus restoran makanan segera di negeri Johor

Mohd. Idris, Ahmad Zamri and Hehsan, Aminudin and Ab. Rahim, Sakinah (2022) Tahap pematuhan pensijilan halal Malaysia dalam kalangan pengurus restoran makanan segera di negeri Johor. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 9 (3). pp. 41-52. ISSN 2289-8204

[img] PDF
324kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/umran2022.9n3.560

Abstract

Islam mensyariatkan umatnya untuk mengambil makanan yang halal lagi baik. Maka menjadi kewajiban terhadap setiap individu untuk mematuhi perintah ini. Sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak mengiktiraf status halal sesuatu produk makanan yang berada di pasaran bagi memastikan kewajiban ini dipenuhi oleh setiap umat Islam di negara ini. Sijil halal yang dikeluarkan JAKIM perlu dipatuhi oleh setiap pemegang dan sebarang bentuk pengingkaran menyebabkan sijil ditarik balik. Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian yang dijalankan ke atas 330 orang pengurus restoran makanan segera di negeri Johor terhadap tahap dan faktor jantina dalam mempengaruhi tahap pematuhan pensijilan halal Malaysia ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pematuhan pensijilan halal dalam kalangan responden adalah tinggi (min=4.79) dan faktor jantina tidak mempengaruhi (p>0.05) tahap pematuhan prosedur pensijilan halal dalam kalangan para pengurus ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pensijilan halal, JAKIM, rangkaian makanan segera, jantina
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:108837
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:11 Dec 2024 09:31
Last Modified:11 Dec 2024 09:31

Repository Staff Only: item control page