Abdul Rahman, Hanisah and Muhamad, Siti Norlina (2022) Aplikasi teknik Rasulullah dalam membentuk kecerdasan emosi. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 9 (1). pp. 107-114. ISSN 2289-8204
PDF
254kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/umran2022.9n1.473
Abstract
Kemampuan mengurus emosi merupakan salah satu faktor penting dalam kejayaan seseorang individu. Seseorang yang mempunyai intelektual yang tinggi belum tentu mampu menghadapi konflik dalam kehidupan. Konflik-konflik kehidupan memerlukan kemahiran lain yang juga dikenali sebagai kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi merupakan persimpangan di antara kognitif dan emosi dan memberi kesan kepada tingkah laku dan pencapaian seseorang. Dalam Islam, Rasulullah SAW sebagai rujukan umat ini juga menekankan aspek kecerdasan emosi bagi menjamin kebahagiaan seseorang. Oleh itu, kajian ini ingin mengketengahkan praktikaliti kecerdasan emosi dalam aspek kehidupan Rasulullah dan kesannya kepada kesihatan psikologi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu reka bentuk analisis kandungan. Berdasarkan analisa, kecerdasan emosi dapat dilihat dari pelbagai sudut kehidupan Rasulullah seperti guru, ketua keluarga, pendakwah dan pejuang kebenaran. Kecerdasan emosi yang tinggi dan tepat membuahkan psikologi yang sihat dalam pelbagai situasi kehidupan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kecerdasan emosi, Rasulullah, kesihatan psikologi |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 108836 |
Deposited By: | Widya Wahid |
Deposited On: | 11 Dec 2024 09:31 |
Last Modified: | 11 Dec 2024 09:31 |
Repository Staff Only: item control page