Minghat, Asnul Dahar and Samsuddin, Hassan (2010) Tahap Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di Daerah Kuala Selangor, Klang Dan Kuala Langat, Selangor. Tahap Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di Daerah Kuala Selangor, Klang Dan Kuala Langat, Selangor . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
119kB |
Abstract
Kajian deskriptif ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap perlaksanaan pengurusan bengkel Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik harian di daerah Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat, Selangor. Sampel kajian terdiri dari 55 orang guru MPV di tiga daerah tersebut. Tumpuan kajian ini meninjau tahap perlaksanaan bengkel MPV dari aspek keceriaan dan kebersihan, penyenggaraan, inventori dan stor serta keselamatan di bengkel MPV. Soal selidik dengan skala Likert digunakan sebagai instrumen kajian. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.89. Data yang telah diterima diproses dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) Version 13 yang menjurus kepada kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil kajian menunjukkan tahap perlaksanaan pengurusan keselamatan pada tahap tinggi (min = 4.60), keceriaan dan kebersihan adalah pada tahap sederhana (min = 4.38), inventori dan stor adalah pada tahap sederhana (min = 4.11) dan penyenggaraan adalah pada tahap sederhana (min = 4.01). Beberapa cadangan disarankan bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10880 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 06 Nov 2010 04:19 |
Last Modified: | 11 Feb 2017 04:28 |
Repository Staff Only: item control page