Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor

Hamdan, Abdul Rahim and Mohd Yasin, Hayazi (2010) Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
49kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, Johor. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada 103 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer ‘Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0)’ untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal adalah sederhana. Selain itu, penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting menurut guru-guru teknikal. Dapatan kajian juga mendapati faktor sikap dan minat, pengurusan dan pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan pengetahuan kurang mempengaruhi guru-guru teknikal dalam penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui analisis ujian –t di dapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap dan faktor yang mempengaruhi penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan tetapi terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan. Hasil kajian memerlukan tindakan dari pihak guru, pentadbir sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu meningkatan lagi penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10879
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Nov 2010 04:13
Last Modified:06 Nov 2010 04:13

Repository Staff Only: item control page