Mohamad Said, Mohd. Nihra Haruzuan and Suhaimin, Intan Marini (2010) Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar. Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
266kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sistem pengurusan maklumat pelajar yang menyediakan kemudahan pengurusan maklumat pelajar kepada pensyarah, pelajar serta pentadbir. Sistem ini mengambil kira aspek pengurusan iaitu maklumat pelajar, maklumat akademik, pemarkahan dan program akademik yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Model pembangunan ADDIE telah digunakan sebagai garis panduan bagi membangunkan sistem ini. Perisian utama yang digunakan ialah Microsoft Visual Basic 2005 Express Edition dalam penghasilan persekitaran skrin yang menarik dan sistematik. Perisian tambahan seperti Adobe Photoshop CS digunakan untuk mereka bentuk antaramuka supaya lebih menarik dan untuk pangkalan data, Microsoft Access 2007 telah digunakan. Diharapkan sistem ini dapat membantu pelajar, pensyarah serta pentadbir dalam menguruskan maklumat pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | system pengurusan maklumat pelajar |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10878 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 06 Nov 2010 04:09 |
Last Modified: | 06 Nov 2010 04:09 |
Repository Staff Only: item control page