Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Telah Mempengaruhi Pelajar-Pelajar Tahun 3 SPM Dan 4 SPM Mengambil Kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Di UTM Skudai

Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Hasmi, Norsaridatul Husna (2010) Faktor-Faktor Yang Telah Mempengaruhi Pelajar-Pelajar Tahun 3 SPM Dan 4 SPM Mengambil Kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Di UTM Skudai. Faktor-Faktor Yang Telah Mempengaruhi Pelajar-Pelajar Tahun 3 SPM Dan 4 SPM Mengambil Kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Di UTM Skudai . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
49kB

Abstract

Pemilihan bidang kursus dikalangan pelajar merupakan suatu perkara yang sangat penting semasa pemilihan dibuat dalam menetukan masa depan seseorang pelajar itu. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar memilih kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) di UTM Skudai. Data berbentuk deskriptif ini diperolehi melalui set borang soal selidik yang telah diisi oleh 57 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar 3SPM dan 4SPM di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah dan penganalisaan data telah dibuat menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science Window 11.5) untuk mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratus. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa faktor inginkan cabaran telah banyak mempengaruhi responden dalam pemilihan kursus SPM ini. Kajian ini adalah amat berguna dalam menggunakan maklumat yang boleh dijadikan panduan oleh pihak-pihak tertentu dalam meningkatkan keyakinan para pelajar yang ingin menceburkan diri ke dalam bidang ini. Keyakinan ini diharap akan menjadikan mereka sebahagian daripada golongan pendidik yang mempunyai komitmen tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab. Cadangan kajian yang disarankan oleh penyelidik ialah apakah peranan yang boleh dimainkan oleh seorang guru Matematik sendiri untuk mempengaruhi golongan tertentu yang dianggap sesuai menceburkan diri dalam profesion perguruan di bidang Matematik khususnya tanpa ada rasa takut dengan perlaksanaan dasar-dasar baru oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik), faktor pelajar memilih
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10877
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Nov 2010 04:05
Last Modified:06 Nov 2010 04:05

Repository Staff Only: item control page