Noordin, Shaharom and Mohamad Saat, Nor Fadilah (2010) Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik. Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
142kB |
Abstract
Kefahaman kemahiran saintifik adalah penting bagi seseorang bakal guru dalam mengendalikan kelas amali di sekolah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman kemahiran memerhati dan mentakrif secara operasi responden sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I. Responden pula adalah pelajar tahun dua Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai 41 orang responden yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 29 orang perempuan. Pembolehubah bebas bagi kajian ini adalah program pengajian dan jantina. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah One-Group Pretest-Posttest Design. Alat kajian yang digunakan adalah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati dan Mentakrif Secara operasi. Ianya mengandungi 40 item yang berbentuk objektif dan nilai kebolehpercayaannya, α = .93. Analisis statistik deskritptif dalam bentuk min dan sisihan lazim telah digunakan dalam menganalisis data. Hasil dapatan kajian, secara keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman responden adalah baik dan tiadanya perbezaan tahap kefahaman responden sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I. Bagi merentas program pengajian dan jantina, juga menunjukkan tiadanya perbezaan tahap kefahaman responden terhadap dua kemahiran ini sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I iaitu tahap kefahaman responden berada ditahap baik. Kesimpulannya, kursus pendidikan Amali Fizik I kurang memberikan sumbangan terhadap kefahaman responden.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | amali, bakal guru, kemahiran saintifik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10876 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 04 Nov 2010 14:44 |
Last Modified: | 06 Jun 2017 09:23 |
Repository Staff Only: item control page