Ariffin, Nurul Hazwani and Mat Daud, Anis Nazihah and Mohd. Razak, Nur Raihana and Mohamad, Abdul Zul Hanizam and Abdullah, Norazilawati and Hasim, Nurhafizah (2023) Pembangunan modul pembelajaran berintegrasikan permainan bagi subtopik pembiakan haiwan untuk Sains Tahun Dua. Journal of Science and Mathematics Letters, 11 . pp. 136-143. ISSN 2462-2052
PDF
912kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.37134/jsml.vol11.sp.15.2023
Abstract
Permainan merupakan salah satu elemen yang boleh diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari topik yang diajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu modul pembelajaran berintegrasikan permainan bagi subtopik Pembiakan Haiwan untuk Sains Tahun Dua. Modul tersebut dibangunkan berpandukan lima fasa yang terdapat dalam model reka bentuk instruksional ADDIE. Akan tetapi, kajian ini hanya memfokuskan kepada pembangunan dan analisis kesahan modul tersebut. Modul tersebut menerapkan elemen merentas kurikulum iaitu murid diminta untuk menghasilkan topeng haiwan yang bertelur dan melahirkan anak. Modul tersebut juga mengintegrasikan elemen permainan yang memerlukan murid memakai topeng haiwan yang dihasilkan dan berkumpul mengikut kategori haiwan yang dipilih. Modul pembelajaran yang dibangunkan telah dinilai dari aspek kesahan muka dan kandungan oleh tiga orang pakar. Analisis kesahanmenunjukkan modul tersebut mempunyai peratus pesetujuanpakar yang tinggidari aspek kesahan muka(93%) dan kesahan kandungan (92%). Modul pembelajaran berintegrasikan permainan yang dibangunkan dijangka dapat menarik minat murid untuk mempelajari Sains dan meningkatkan kefahaman mereka tentang cara pembiakan haiwan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Modul pembelajaran, Pembiakan Haiwan, permainan, pembangunan, kesahan. |
Subjects: | Q Science > QC Physics |
Divisions: | Science |
ID Code: | 108756 |
Deposited By: | Muhamad Idham Sulong |
Deposited On: | 09 Dec 2024 05:58 |
Last Modified: | 09 Dec 2024 05:58 |
Repository Staff Only: item control page