Mohamad, Abdul Zul Hanizam and Mat Daud, Anis Nazihah and Mohd. Razak, Nur Raihana and Ariffin, Nurul Hazwani and Hasim, Nurhafizah (2023) Pembangunan dan Analisis Kesahan Modul Pembelajaran ITS bagi Subtopik Kejelasan Bayang-bayang untuk Subjek Sains Tahun Dua. Journal of Science and Mathematics Letters, 11 . pp. 128-135. ISSN 2462-2052
PDF
364kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.37134/jsml.vol11.sp.14.2023
Abstract
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) penting untuk melahirkan modal insan yang dapat membantu Malaysia mencapai status negara maju. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan modul pembelajaran Into The Shadows (ITS) bagi subtopik Kejelasan Bayang-bayang untuk subjek Sains Tahun Dua. Modul tersebut dibangunkan berpandukan lima fasa model reka bentuk instruksional ADDIE. Namun, kajian ini hanya memfokuskan fasa pembangunan modul pembelajaran ITS. Modul tersebut mengandungi aktiviti penyiasatan saintifik berasaskan strategi pembelajaran inkuiri berstruktur tentang kejelasan bayang-bayang yang terhasil apabila cahaya melalui tiga jenis bahan yang berbeza bagi menggalakkan penerapan KBKK dalam kalangan murid Tahun Dua. Modul tersebut juga menerapkan elemen merentas kurikulum apabila murid diminta untuk mengaplikasikan teknik garisan selari bagi merekodkan bayang-bayang yang terhasil. Kesahan modul tersebut telah dinilai oleh tiga orang pakar. Analisis kesahan menunjukkan modul pembelajaran ITS mempunyai nilai kesahan muka dan kesahan kandungan yang tinggi iaitu 95% and 100%. Modul pembelajaran ITS yang dibangunkan diharapkan dapat menerapkan KBKK dalam kalangan murid Tahun Dua
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | ITS learning module,Shadow Clarity subtopic, development, validity analysis. |
Subjects: | Q Science > QC Physics |
Divisions: | Science |
ID Code: | 108754 |
Deposited By: | Muhamad Idham Sulong |
Deposited On: | 27 Nov 2024 09:54 |
Last Modified: | 27 Nov 2024 09:54 |
Repository Staff Only: item control page