Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Terhadap Tajuk Ikatan Kimia Di Daerah Kuala Terengganu

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Ahmad Fuad, Nurfazlina (2010) Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Terhadap Tajuk Ikatan Kimia Di Daerah Kuala Terengganu. Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Terhadap Tajuk Ikatan Kimia Di Daerah Kuala Terengganu . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
211kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam menerangkan konsep asas kimia dalam tajuk Ikatan Kimia. Kajian turut mengenal pasti kerangka alternatif pelajar yang wujud. Seramai 225 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari dua buah sekolah menengah teknik di daerah Kuala Terengganu, Terengganu terlibat sebagai sampel kajian. Soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden manakala bahagian B terdiri daripada 22 item yang menguji konsep ikatan kimia. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis secara manual dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Tahap penguasaan pelajar ditentukan berdasarkan rujukan kriteria gred yang biasa digunakan iaitu Penilaian Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). Secara keseluruhan, kefahaman pelajar mengenai konsep ikatan kimia adalah pada tahap yang sangat lemah. Beberapa implikasi kajian dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan. Cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Ikatan Kimia, kefahaman pelajar, konsep asas kimia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10875
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Nov 2010 14:37
Last Modified:15 Aug 2017 08:37

Repository Staff Only: item control page