Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkembangan kontinum visualisasi pelajar menerusi aktiviti pembelajaran servis dalam kursus rangkaian komputer

Othman, Nadiahtun Azreen and Atan, Noor Azean and Mohd. Yusof, Sanitah and Abd. Majid, Umi Mastura (2022) Perkembangan kontinum visualisasi pelajar menerusi aktiviti pembelajaran servis dalam kursus rangkaian komputer. Sains Humanika, 14 (3-2). pp. 25-35. ISSN 2289-6996

[img] PDF
700kB

Official URL: https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumani...

Abstract

Pembelajaran servis merupakan pendekatan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar dalam mempraktiskan pengetahuan yang diperolehi kepada pengaplikasiannya dalam situasi yang realiti/sebenar. Aktiviti pembelajaran servis mampu menyokong kepada pemahaman pelajar yang lebih baik dan memberi peluang kepada pelajar untuk memvisualisasikan dengan lebih jelas konsep teoritikal kepada praktikal. Justeru dalam kursus yang memerlukan implementasi konsep pembelajaran kepada praktis, pengintegrasian aktiviti Pembelajaran Servis adalah bersesuaian agar pelajar berpeluang memperolehi pengalaman pembelajaran bermakna. Oleh demikian dalam pembelajaran kursus Rangkaian Komputer, aktiviti pembelajaran servis diintegrasikan bersama agar pelajar dapat memvisualisasikan dengan lebih baik konsep teorinya kepada aplikasinya dalam dunia sebenar. Namun, dalam menyokong kepada pemvisualan yang lebih baik pelajar, aktiviti-aktivit dalam proses pembelajaran juga memerlukan penggunaan visual yang bersesuaian sepertimana yang diutarakan oleh McLoughlin & Krakowski (2001). Menurutnya, terdapat tiga elemen dalam menyokong kontinum pemikiran visualisasi pelajar iaitu pertama elemen pemikiran visual, kedua elemen pembelajaran visual, dan ketiga elemen komunikasi visual. Berdasarkan peringkat dalam kontinum pemikiran visualisasi ini, kajian ini mengenalpasti aras visualisasi pelajar serta seterusnya mengetengahkan corak perubahan kontinum pemikiran visualisasi pelajar terhadap pelaksanaan pembelajaran servis dalam kursus Rangkaian Komputer. Selain itu, kajian ini juga mendapatkan persepsi pelajar terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran servis dengan aktiviti pembelajaran yang menggalakkan perkembangan kontinum pemikiran visualisasi pelajar. Menerusi rekabentuk kajian kuasi-eksperimen yang melibatkan data kuantitatif dan data kualitatif bersiri masa (time series), seramai 55 responden terdiri daripada pelajar prasiswazah yang sedang mengikuti kursus Rangkaian Komputer telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Data diperolehi berdasarkan kepada rubrik pemarkahan, borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian sepanjang aktiviti dijalankan. Dapatan kajian melalui ujian t-berpasangan, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara purata markah-pra dengan markah-pos (p<0.05) bagi setiap elemen. Manakala, hasil dapatan kajian bagi persepsi pelajar terhadap pembelajaran servis menunjukkan pelajar bersetuju pembelajaran servis dapat meningkatkan pengetahuan (purata=3.75) dan kemahiran (purata=3.5) dalam pembelajaran kursus Rangkaian Komputer. Secara kesimpulannya, pengintegrasian aktiviti Pembelajaran Servis mampu menyokong kepada peningkatan aras kontinum pemikiran visualisasi pelajar dan secara langsung memberi kefahaman yang baik kepada pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran servis, kontinum pemikiran visualisasi, kursus Rangkaian Komputer
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Education
ID Code:108739
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:27 Nov 2024 09:48
Last Modified:27 Nov 2024 09:48

Repository Staff Only: item control page