Royo, Mohamad Abdillah and Woo, Sew Fun (2010) Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sjk(C): Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Di Wilayah Persekutuan. Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sjk(C): Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Di Wilayah Persekutuan . pp. 1-12. (Unpublished)
|
PDF
534kB |
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap tekanan kerja serta factor factor yang mendorong tekanan kerja di kalangan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Wilayah Persekutuan. Seramai 50 orang guru dari tiga buah sekolah telah dipilih sebagai responden kajian ini. Borang soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data dan hasilnya dianalisis dengan menggunakan perisian “ Statistical Package of the Social Sciences” (SPSS). Analisis dibuat dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu dalam konteks kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan dari penyelidikan ini menunjukkan bahawa guru-guru mengalami tekanan pada tahap sederhana. Dari segi faktor-faktor pula didapati semua faktor iaitu faktor karenah pelajar, faktor bebanan tugas, faktor kekangan masa dan faktor penghargaan telah memberi tahap tekanan yang sederhana kepada guru-guru yang terlibat.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | guru, tahap tekanan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10873 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 04 Nov 2010 14:21 |
Last Modified: | 15 Aug 2017 08:21 |
Repository Staff Only: item control page