Mahendran, Shathiswary and Tan, Joo Siang (2022) Keberkesanan Solution Focused Brief Therapy (SFBT) melalui perkhidmatan kaunseling kelompok dalam meningkatkan harga diri murid sekolah rendah. Sains Humanika, 14 (3-2). pp. 55-63. ISSN 2289-6996
PDF
409kB |
Official URL: https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumani...
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui keberkesanan Solution Focused Brief Therapy (SFBT) melalui perkhidmatan kaunseling kelompok dalam meningkatkan harga diri murid sekolah rendah. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap harga diri dan perbezaan skor harga diri antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan sebelum dan selepas intervensi SFBT. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen. Instrumen Rosenberg Self Esteem digunakan dalam kajian ini untuk mengenal pasti tahap harga diri dalam kalangan murid sebelum dan selepas rawatan. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui ujian T. Sesi kaunseling kelompok telah diperhatikan dan lembaran kerja SFBT yang dilengkapkan oleh responden juga dikumpulkan dan dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi SFBT mempunyai kesan yang positif bagi meningkatkan harga diri dalam kalangan murid kumpulan rawatan dari tahap rendah ke sederhana dan tinggi. Hasil kajian didapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap harga diri murid kumpulan rawatan berbanding dengan kelompok kawalan. Sebagai kesimpulan, usaha untuk mengenalpasti murid yang mempunyai harga diri yang rendah dan memberi intervensi yang berkesan seperti SFBT pada peringkat awal adalah sangat penting bagi memupuk harga diri murid demi mencapai kesihatan mental dan kesejahteraan yang lebih baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Solution Focused Brief Therapy (SFBT), Kaunseling Kelompok, Harga Diri, Murid Sekolah |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 108722 |
Deposited By: | Widya Wahid |
Deposited On: | 27 Nov 2024 09:38 |
Last Modified: | 27 Nov 2024 09:38 |
Repository Staff Only: item control page