Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pendidikan Khas Teknik Dan Vokasional Untuk Golongan Orang Kurang Upaya Di Tiga Buah Politeknik

Tahir, Lokman and Mustafa, Nurul Qistin (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pendidikan Khas Teknik Dan Vokasional Untuk Golongan Orang Kurang Upaya Di Tiga Buah Politeknik. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pendidikan Khas Teknik Dan Vokasional Untuk Golongan Orang Kurang Upaya Di Tiga Buah Politeknik . pp. 1-12. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
235kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan sistem pendidikan khas teknik dan vokasional di Politeknik Malaysia. Empat faktor penting iaitu penerimaan institut pendidikan, kemahiran tenaga pengajar, kesesuaian silibus dan sistem prasarana telah dikenalpasti pengaruhnya dalam meningkatkan keberkesanan program Pendidikan Khas teknik dan vokasional. Responden kajian difokuskan kepada golongan pensyarah pelajar khas cacat pendengaran daripada tiga buah politeknik yang berbeza lokaliti negeri iaitu Politeknik Ungku Omar (Perak), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) dan Politeknik Johor Bahru (Johor). Hasil daripada dapatan instrumen kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS 12 (Statistic Package for the Social Science versi 12) untuk mendapatkan nilai skor min serta peratusan yang seterusnya digunakan untuk menerangkan tahap pengaruh sesuatu faktor tersebut merujuk kepada jadual pengelasan skor min. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran tenaga pengajar dan kesesuaian silibus sememangnya mempengaruhi keberkesanan program pendidikan khas teknik dan vokasional. Selain itu, faktor penerimaan politeknik terhadap golongan OKU berada pada tahap yang positif walaupun prasarana yang disediakan masih ditahap sederhana. Secara keseluruhannya, rumusan kajian mendapati keberkesanan pendidikan khas teknik dan vokasional di Politeknik adalah dipengaruhi oleh jalinan kerjasama antara kementerian pendidikan dan golongan pensyarah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: sistem pendidikan khas, teknik dan vokasional
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10872
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Nov 2010 14:10
Last Modified:15 Aug 2017 08:28

Repository Staff Only: item control page