Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Majikan Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerja OKU (Fizikal) Di Industri Sederhana (Kejuruteraan Mekanikal) Daerah Johor Bharu.

Mohd Noor , Noraini and Mohamad, Haslina (2010) Persepsi Majikan Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerja OKU (Fizikal) Di Industri Sederhana (Kejuruteraan Mekanikal) Daerah Johor Bharu. Persepsi Majikan Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerja OKU (Fizikal) Di Industri Sederhana (Kejuruteraan Mekanikal) Daerah Johor Bharu. . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
91kB

Abstract

Kajian ini telah dijalankan terhadap majikan di industri sederhana (kejuruteraan mekanikal) di sekitar daerah Johor Bharu bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pemilihan dalam pengambilan pekerja OKU (fizikal). Elemen pemilihan yang dikaji termasuklah kemahiran generik, kemahiran teknikal, kelayakan dan juga kemampuan fizikal dan mental golongan OKU (fizikal). Seramai 42 orang majikan telah dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah menggunakan borang set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Ia mengandungi 36 item yang diukur dengan menggunakan Skala Likert dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 12.0). Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 10 orang majikan sekitar Taman Gembira, Johor Bharu. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah nilai ? = 0.843. Analisis data dilakukan secara peratus, frekuensi dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek utama yang dititikberatkan oleh majikan dalam pengambilan pekerja OKU (fizikal) ialah aspek kemampuan fizikal dan mental (80 peratus) diikuti oleh aspek kemahiran generic (78.4 peratus), aspek kemahiran teknikal (71.6 peratus) dan akhir sekali ialah aspek kelayakan (66 peratus). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa majikan memiliki pandangan positif terhadap pekerja OKU (fizikal) untuk menempatkan diri mereka di industri sederhana.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi majikan, pemilihan pekerja OKU, industri sederhana
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10868
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Nov 2010 19:57
Last Modified:03 Nov 2010 19:57

Repository Staff Only: item control page