Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Majalah Web: Kesenian, Isu Semasa Dan E-Forum Matematik

Ismail, Zaleha and Kasmin , Mohd Khalid and Ahmad, Fakhrur Razi (2010) Pembangunan Majalah Web: Kesenian, Isu Semasa Dan E-Forum Matematik. Pembangunan Majalah Web: Kesenian, Isu Semasa Dan E-Forum Matematik . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
280Kb

Abstract

Pembelajaran berasaskan web semakin popular dikalangan guru dan pelajar lantaran dari kemudahannya yang kian meluas. Pada masa kini, terdapat banyak portal pendidikan yang mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar, terarah kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri. Untuk mencari pendekatan yang afektif dalam melaksanakan e-Pembelajaran, projek ini memilih sistem pengurusan bahan, Joomla! dan model rekabentuk instruksi bersistem ADDIE. Sistem dan model rekabentuk ini sesuai, memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial yang menggalakkan pembelajaran secara koloboratif dan menekankan pembentukan pengetahuan melalui aktiviti sosial seperti pebincangan dan pertukaran pendapat antara komuniti secara maya. Majalah web yang merupakan satu format e-Pembelajaran dibangunkan dengan menyediakan ruangan Fokus, Kesenian, Aplikasi, Isu semasa, Permainan, Tokoh, Sejarah, Statistik, Kerjaya, Kuiz, e-Forum dan Pelajari matematik. Namun, penulisan ini hanya menumpukan kepada Kesenian, Isu Semasa dan e-Forum matematik. Bagi lima edisi yang pertama, ruangan Kesenian menghubungkaitkan matematik dengan senibina, fraktal, muzik, seni ukiran dan rekabentuk serta proses menjubin. Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut membenarkan pelajar atau guru memberikan komen atas talian untuk tujuan perkongsian idea. Persekitaran pembelajaran dimantapkan dengan grafik, audio dan video. Majalah web Dunia Matematik, telah diuji keberkesannya di sekolah oleh pengkaji yang lain dan hasilnya menunjukkan aspek sosial, pembelajaran, emosi dan persekitaran pada tahap positif yang tinggi. Oleh itu, majalah web Dunia Matematik perlu diberi perhatian oleh guru, pelajar, dan warga pendidikan, khasnya, bagi menggalakkan penggunaan computer sebagai bahan bantu mengajar alternatif di sekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:majalah web kesenian, isu semasa, e-Forum matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10867
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Nov 2010 19:56
Last Modified:03 Nov 2010 19:56

Repository Staff Only: item control page