Ajmain @ Jima’ain, Muhammad Talhah and Ansar, Andi Mohd. Hairy and Hehsan, Aminuddin and Mohamed, Ahmad Marzuki (2023) Elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran guru pendidikan islam: analisis literatur sistematik (SLR). UMRAN - Journal of Islamic and Civilizational Studies, 10 (2). pp. 15-25. ISSN 2289-8204
PDF
600kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/umran2023.10n2.612
Abstract
Elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Islam penting dalam menyumbang keberkesanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) terhadap penghayatan ilmu ke atas pelajar. Manakala, guru sebagai ejen pelaksana yang utama dalam menerapkan elemen KBAT. Maka, kajian ini bertujuan mengenal pasti elemen-elemen yang menyumbang kepada KBAT dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam. Kajian ini adalah kajian deskriptif menggunakan kaedah analisis literatur sistematik (SLR) bersifat kualitatif. Sumber utama kajian ini menggunakan sorotan kajian terdahulu daripada pangkalan data Google Scholar yang dianalisis berdasarkan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Hasil kajian menunjukkan elemen yang memberi kesan sesebuah pengajaran pendidikan Islam tersebut mampu membina KBAT ialah sikap, kesediaan, pengetahuan, kemahiran dan merumus. Dapatan dalam kajian penting kepada bidang pendidikan di Malaysia sama ada guru, pentadbir, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), kementerian pendidikan Malaysia (KPM) dalam menilai kurikulum KBAT dari semasa ke semasa terutama dalam bidang pendidikan Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | elemen, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), guru pendidikan islam, Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 108669 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 25 Nov 2024 04:10 |
Last Modified: | 25 Nov 2024 04:10 |
Repository Staff Only: item control page