Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sorotan literatur bersistematik: strategi pengajaran dan pembelajaran geometri sekolah rendah

Syed Zainuddin, Syed Abdul Hakim and Abdullah, Abdul Halim (2023) Sorotan literatur bersistematik: strategi pengajaran dan pembelajaran geometri sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8 (11). pp. 1-12. ISSN 2804-8562

[img] PDF
426kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v8i11.2544

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran geometri di sekolah rendah. Pelbagai strategi yang boleh diimplementasikan di dalam kelas. Artikel hanya terhad untuk mengkaji secara sistematik strategi pembelajaran geometri di peringkat sekolah rendah ini. Tujuan tinjauan literatur sistematik ini adalah bagi mengenalpasti strategi pembelajaran geometri bermula tahun 2018-2023. Terdapat 161 artikel yang dapat dikenalpasti berkaitan strategi pembelajaran geometri melalui saringan pangkalan data SCOPUS, SPRINGERLINK dan WOS. Berdasarkan kerangka Meta-Analisis (PRISMA), tinjauan ini hanya dapat mengenal pasti 21 artikel sahaja. Artikel yang diperoleh ini dianalisis dan dikategorikan kepada tiga tema untuk menggambarkan trend fokus penyelidikan ini : kaedah kajian, reka bentuk kajian untuk menilai keberkesanan dan strategi pembelajaran. Hasil kajian tinjauan yang berkaitan strategi pembelajaran geometri ini diharapkan menjadi panduan kepada para pendidik dan penyelidik serta mencetuskan idea bagi menghasilkan penyelidikan pada masa hadapan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembelajaran geometri, sekolah rendah, matematik
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:108668
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:25 Nov 2024 04:09
Last Modified:25 Nov 2024 04:09

Repository Staff Only: item control page