Shamsuddin, Nurul Syahidah and Abdullah, Abdul Halim (2023) Pengajaran dan pembelajaran konsep matematik menggunakan perisian aplikasi Scratch: kajian literatur bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8 (12). pp. 1-20. ISSN 2804-8562
PDF
407kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v8i12.2639
Abstract
Kemahiran menggunakan perisian komputer perlu diperkenalkan pada peringkat awal lagi dalam pembelajaran matematik kerana kemahiran ini merupakan salah satu kompetensi yang diperlukan dalam pembelajaran abad ke-21. Sorotan kajian literatur bersistematik dijalankan bagi menganalisis kajian lepas berkaitan pengajaran dan pembelajaran konsep matematik menggunakan perisian aplikasi Scratch. Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesan penggunaan perisian aplikasi Scratch terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. Sebanyak 20 kajian dalam tempoh sepuluh tahun terkini telah terpilih dalam kajian literatur sistematik ini dan kajian-kajian tersebut telah diperoleh melalui pelbagai pangkalan data yang sesuai dan sahih dengan pendidikan matematik iaitu Web of Science, Scopus dan ERIC. Kajian literatur bersistematik yang dilaksanakan dalam kajian ini menggunakan kaedah Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kesan penggunaan perisian aplikasi Scratch terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. Terdapat empat tema yang digunakan untuk melaksanakan analisis tematik bagi semakan ke atas 20 artikel. Antara kesan positif penggunaan perisian aplikasi Scratch terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik ialah (1) penguasaan konsep asas matematik yang lebih baik; (2) penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik dan penaakulan; (3) meningkatkan pemikiran komputasional (CT) dan (4) meningkatkan motivasi murid. Kajian penggunaan perisian aplikasi Scratch terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik menunjukkan kesan yang paling banyak diperolehi ialah kemahiran penyelesaian masalah matematik dan penaakulan dapat ditingkatkan diikuti dengan murid berjaya meningkatkan penguasaan dalam konsep asas matematik. Pelbagai pihak boleh memanfaatkan dapatan kajian ini terutama bagi murid sendiri, guru-guru dan institusi pendidikan bagi meningkatkan tahap penguasaan dalam matematik.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | perisian aplikasi Scratch, penguasaan, matematik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 108667 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 25 Nov 2024 04:09 |
Last Modified: | 25 Nov 2024 04:09 |
Repository Staff Only: item control page