Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Belajar sambil bermain di dalam kelas pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak

Janius, Naldo and Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan and Yusof, Yusni and Bang, Pamella and Sid, Rizah and Wong, Grace (2023) Belajar sambil bermain di dalam kelas pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8 (4). pp. 1-15. ISSN 2804-8562

[img] PDF
346kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2248

Abstract

Kanak-kanak menggunakan keupayaan mereka untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah menggunakan kreativiti semasa bermain dengan mainan dan, rakan sepermainan akan menggalakkan keinginan untuk mencuba perkara baru dan berbeza mengikut imaginasi mutlak mereka. Pengkaji memilih Permainan Papan Warna dan Bentuk Asas sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran warna di prasekolah tersebut. Bermain merupakan teknik pengajaran di mana pengajaran dan pembelajaran tentang warna disampaikan oleh guru melalui langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan hasil yang maksimum semasa bahan pengajaran. Bermain dipercayai dapat meningkatkan aktiviti kreatif yang memupuk imaginasi, fantasi, dan rasa ingin tahu kanakkanak. Kajian Tindakan dan Kajian Tinjauan dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Permainan Papan Warna dan Bentuk Asas dalam membantu murid mengenal warna di Tabika Kemas Rc Sg Manila Sandakan,dalam kaedah bermain sambil belajar ketika berada di dalam kelas . Peserta kajian terdiri daripada 10 orang Murid. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian pasca, borang senarai semak, rekod anekdot, dan temu bual. Data yang dikumpul akan diproses dengan menggunakan perisian Microsoft Excel untuk mendapatkan kekerapan, peratus, dan min. Hasil kajian menunjukkan min sebanyak 32.0% bagi ujian pra dan meningkat kepada 94.0% pada ujian pasca. Penggunaan kaedah Permainan Papan Warna dan Bentuk Asas dapat membantu kanak-kanak mengenal warna dan meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kemahiran kreativiti yang melibatkan pembelajaran dalam seni visual. Sekiranya kaedah ini diaplikasikan dengan betul dan baik, murid lebih mudah menguasai kemahiran mengenal warna dan penglibatan murid dalam aktiviti kreativiti khususnya pembelajaran dalam seni visual dapat dipupuk dengan lebih baik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:permainan, kreativiti, awal kanak-kanak
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:108664
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:24 Nov 2024 07:33
Last Modified:24 Nov 2024 07:33

Repository Staff Only: item control page