Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan strategi pembelajaran kontekstual berbantukan geogebra untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid sekolah menengah

S. Abd. Rahman, Sharifah Nurarfah and Abdullah, Abdul Halim and Ibrahim, Hasniza (2023) Pembangunan strategi pembelajaran kontekstual berbantukan geogebra untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8 (2). pp. 1-28. ISSN 2804-8562

[img] PDF
460kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.2115

Abstract

Terdapat bukti empirikal yang menunjukkan bahawa murid di Malaysia mempunyai kesukaran untuk menjawab soalan berbentuk KBAT. Salah satu faktor yang membawa kepada permasalahan tersebut ialah strategi pembelajaran yang tidak sesuai untuk mendorong murid dalam meningkatkan KBAT mereka. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) amat menggalakkan strategi pembelajaran secara kontekstual, memaksimumkan pengaplikasian elemen KBAT dalam pembelajaran dan penggunaan teknologi dalam kelas matematik. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan strategi pembelajaran matematik kontekstual dengan mengintegrasikan perisian GeoGebra dalam topik Sukatan dan Geometri yang dinamakan PMKGeo. Strategi PMK-Geo dibangunkan menggunakan model ADDIE dan model pembinaan modul Sidek yang terdiri daripada Fasa 1 (Analisis keperluan awal), Fasa 2 (Reka bentuk strategi PMK-Geo), Fasa 3 (Pembangunan strategi PMK-Geo), Fasa 4 (Pelaksanaan draf PMK-Geo) dan Fasa 5 (Penilaian draf PMK-Geo). Reka bentuk strategi PMK-Geo yang dibangunkan dalam kajian ini adalah berasaskan kepada model REACT. Ia terdiri daripada lima fasa iaitu menghubungkait (relating), mengalami (experiencing), mengaplikasi (applying), bekerjasama (cooperating) dan memindahkan (transferring). Seramai tiga orang pakar yang terdiri daripada guru cemerlang matematik dan pensyarah universiti. pandangan pakar terhadap kandungan strategi pembelajaran kontekstual yang disusun dalam strategi PMKGeo dan kandungan KBAT. Berdasarkan maklum balas pakar, strategi REACT yang diterapkan dalam strategi PMKGeo bersesuaian dalam pembelajaran topik Sukatan dan Geometri. Pakar juga berpendapat bahawa melalui strategi PMK-Geo, murid mempelajari konsep matematik dengan lebih menarik, berpeluang menggunakan aplikasi GeoGebra dan dapat mengukuhkan pemahaman sesuatu konsep matematik. Pakar juga bersetuju bahawa aktiviti penyelesaian masalah dalam PMK-Geo adalah bersesuaian menguji KBAT murid dan masalah matematik yang berbentuk situasi untuk menggalakkan KBAT murid.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:strategi pembelajaran kontekstual, pendidikan matematik, GeoGebra, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:108663
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:24 Nov 2024 07:32
Last Modified:24 Nov 2024 07:32

Repository Staff Only: item control page