Shahari, Shariza and Phang, Fatin Aliah (2023) Tahap kefahaman konsep daya dan kerangka alternatif pelajar matrikulasi melalui ujian penilaian konsep daya. Jurnal Pendidikan BITARA, 16 (1). pp. 54-66. ISSN 2821-3173
PDF
858kB |
Official URL: https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPB/article/view...
Abstract
Topik daya merupakan topik yang sering dianggap sukar untuk pelajar memahami serta menguasainya. Pengetahuan serta kerangka alternatif yang diperolehi oleh pelajar sebelum mempelajari konsep daya di dalam kelas yang sukar untuk diubah menyulitkan proses pemahaman mereka. Walau bagaimanapun, tiada instrumen khusus serta berkualiti telah dibina untuk menentukan kefahaman serta kerangka alternatif pelajar matrikulasi di Malaysia bagi konsep daya. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan satu instrumen ujian yang berkualiti dalam menentukan kefahaman serta kerangka alternatif pelajar matrikulasi bagi konsep daya. Instrumen Ujian Penilaian Konsep Daya (UPKD) ini perlu dipastikan kualitinya dari segi kesahan serta kebolehpercayaannya, sebelum ia boleh digunakan. Instrumen UPKD terdiri daripada 12 item aneka pilihan yang terdiri daripada lima subtopik dalam topik daya iaitu asas daya, gambarajah jasad bebas, geseran statik dan kinetik serta konsep serta aplikasi Hukum Gerakan Newton. Instrumen telah diadaptasi daripada Inventori Konsep Daya (FCI) dan soalan-soalan dari Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Adaptasi FCI diperlukan untuk memastikan hanya soalan-soalan yang relevan dengan kurikulum berkenaan konsep daya di peringkat matrikulasi, dipilih serta ditambahbaik. Dua orang pakar bidang telah mengesahkan instrumen UPKD ini dari segi isi kandungan fizik dan kesesuaian kandungannya. Beberapa pembetulan serta pemurnian hasil pengesahan tersebut juga telah dibuat sebelum instrumen boleh digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif berdasarkan reka bentuk tinjauan. Analisis item yang dijalankan membolehkan item yang sah, adil dan berkualiti dipilih, manakala item sebaliknya ditambahbaik atau dibuang. Pemilihan sampel kajian menggunakan teknik persampelan bertujuan. Seramai 34 orang pelajar matrikulasi daripada sebuah kolej matrikulasi di zon selatan dipilih sebagai responden. Data dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch, melalui perisian WINSTEP. Kebolehpercayaan item yang tinggi telah diperolehi dengan nilai 0.82 dan indeks pengasingan sebanyak 2.85. Selain itu, item dalam instrumen UPKD juga telah memenuhi aspek kebolehpercayaan dalam Model Pengukuran Rasch dari segi kesepadanan item, polariti dan unidimensi. Kesimpulannya, Model Pengukuran Rasch menunjukkan bahawa item dalam instrumen UPKD ini mempunyai tahap kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan untuk menentukan kefahaman dan kerangka alternatif pelajar dalam konsep daya bagi pelajar matrikulasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | DOI:10.37134/bitara.vol16.1.6.2023 DOI not found |
Uncontrolled Keywords: | konsep daya, model pengukuran rasch, kebolehpercayaan, kesahan, item ujian |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 108661 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 24 Nov 2024 07:31 |
Last Modified: | 24 Nov 2024 07:31 |
Repository Staff Only: item control page