Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengenalpasti Tahap Kesakitan Di Jari Atlet Memanah Akibat Geseran Tali

Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Hamid, Hariaty (2010) Mengenalpasti Tahap Kesakitan Di Jari Atlet Memanah Akibat Geseran Tali. Mengenalpasti Tahap Kesakitan Di Jari Atlet Memanah Akibat Geseran Tali . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
44kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/277794920...

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti tahap kesakitan di jari atlet memanah akibat geseran tali. Seramai tiga orang atlet berusia 19 tahun yang menggunakan Recurve Bow terlibat dalam kajian ini. Tahap kesakitan akan dikenalpasti setiap kali pelepasan anak panah dilakukan dengan menggunakan Perceived Scale mengikut kesesuaian. Tahap kesakitan akan dicatatkan mengikut kategori kumpulan lepasan anak panah dan jarak lepasan anak panah iaitu 30 meter, 50 meter dan 70 meter. Data dianalisa menggunakan Microsoft Office Excel. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan tahap kesakitan di antara kumpulan lepasan anak panah. Kumpulan lepasan ke 25 hingga ke 30 berjumlah 38.89% bagi keseluruhan jarak mempunyai tahap kesakitan yang tinggi berbanding kumpulan lepasan yang lain mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor keletihan, faktor persekitaran, tidak mengekalkan postur badan dan teknik yang betul semasa fasa tarikan dan fasa lepasan yang menyebabkan geseran berlaku.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kesakitan, jari atlet memanah, geseran tali
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10866
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Nov 2010 19:54
Last Modified:26 Feb 2017 07:05

Repository Staff Only: item control page