Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal Dan Mengawal Pembolehubah Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik

Noordin, Shaharom and Ahmad Subki, Nor Sakimayuzie (2010) Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal Dan Mengawal Pembolehubah Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik. Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal Dan Mengawal Pembolehubah Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
97kB

Abstract

Penyelidik telah berminat untuk menjalankan kajian terhadap tahap kefahaman dalam kemahiran proses sains dalam kalangan bakal guru. Kajian ini melibatkan dua kemahiran proses sains iaitu kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah. Terdapat tiga pembolehubah bebas iaitu program pengajian, jantina dan gred mata pelajaran Fizik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Responden terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I. Alat kajian yang digunakan iaitu Ujian Pencapaian Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah yang mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif dan mempunyai kebolehpercayaan α = .77. Reka bentuk kajian penyelidikan adalah Reka bentuk Ujian Sebelum – Ujian Selepas Satu kelompok (One Group Pretest-Posttest Design). Kursus Pendidikan Amali Fizik I adalah rawatan dalam kajian ini. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum dan peratus digunakan dalam tatacara penganalisisan data. Tahap kefahaman pelajar secara keseluruhan sebelum dan selepas mengikuti kursus adalah sederhana. Tahap kefahaman pelajar merentasi dua pembolehubah bebas iaitu jantina dan gred Fizik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia adalah sama iaitu sederhana sebelum dan selepas mengikuti kursus. Manakala tahap kefahaman pelajar merentasi program pengajian adalah berbeza selepas mengikuti kursus. Sebelum mengikuti kursus tahap kefahaman pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik adalah sama dengan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik iaitu sederhana. Selepas mengikuti kursus, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik mencapai tahap kefahaman yang baik manakala pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik sederhana. Oleh yang demikian,terdapat beberapa cadangan yang telah penyelidik nyatakan untuk menambahbaik pencapaian pelajar dalam kemahiran proses sains.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bakal guru, kemahiran proses sains, tahap kefahaman
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10864
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Nov 2010 11:48
Last Modified:06 Jun 2017 07:53

Repository Staff Only: item control page