Haji Junaidi, Juhazren and Aziz, Norezhar Rahimi (2010) Pembangunan Laman Web Bagi Matapelajaran Matematik Kbsm Tingkatan Empat Bertajuk Bulatan III. Pembangunan Laman Web Bagi Matapelajaran Matematik Kbsm Tingkatan Empat Bertajuk Bulatan III . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
154kB |
Abstract
Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah laman web dengan menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. Laman web ini merangkumi topik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik KBSM. Elemen-elemen multimedia yang bersesuaian seperti teks, grafik dan animasi diimplementasikan untuk menarik minat dan meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran. Proses pembangunan laman web adalah berpandukan kepada model reka bentuk ADDIE. Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran tutorial digunakan dalam penyampaian isi kandungan laman web ini, manakala Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa penyampaian. Microsoft Front Page 2003 digunakan sebagai perisian utama pembangunan dan Macromedia Flash MX2004 serta Adobe Photoshop CS2 digunakan sebagai perisian sokongan. Diharapkan laman web yang dibangunkan ini dapat membantu meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Circle III, laman web, teori pembelajaran konstruktivisme |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10863 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 03 Nov 2010 11:46 |
Last Modified: | 15 Aug 2017 08:00 |
Repository Staff Only: item control page