Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan Pembelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Sulaiman, Seth and Ahmad, Norhuda (2010) Keberkesanan Pembelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik). Keberkesanan Pembelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
39Kb

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keberkesanan pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 34 item dan telah diberikan kepada 81 orang responden. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif iaitu min dan peratusan, serta analisis statistik inferensi iaitu ANOVA dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan pelajar cenderung memilih kaedah pembelajaran gabungan pembelajaran bersendirian dan pembelajaran berkumpulan. Namun, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran bersendirian adalah kaedah pembelajaran yang paling berkesan dalam pembelajaran matematik. Pelajar yang mengamalkan kaedah pembelajaran bersendirian mempunyai pencapaian matematik yang paling tinggi berbanding pelajar yang mengamalkan pembelajaran matematik secara gabungan dan berkumpulan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian matematik dengan kaedah pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kaedah pembelajaran pada aras signifikan .05. Seterusnya, kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kursus pengajian pelajar dengan kaedah pembelajaran pada aras signifikan .05. Ini menunjukkan jantina dan kursus pengajian pelajar tidak mempengaruhi kaedah pembelajaran dalam matematik. Katakunci: keberkesanan pembelajaran, matematik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keberkesanan pembelajaran, matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10861
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Nov 2010 11:41
Last Modified:03 Nov 2010 11:41

Repository Staff Only: item control page