Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Keupayaan Spatial Dengan Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Pelajar Tahun 2 Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan Di Utm

Mohd. Kosnin, Azlina and Amir, Nur Eleeza (2010) Hubungan Antara Keupayaan Spatial Dengan Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Pelajar Tahun 2 Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan Di Utm. Hubungan Antara Keupayaan Spatial Dengan Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Pelajar Tahun 2 Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan Di Utm . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
83kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk melihat tahap keupayaan spatial, persepsi tentang keupayaan spatial dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Selain itu, kajian ini turut melihat hubungan di antara keupayaan spatial dan persepsi kecerdasan spatial dengan Lukisan Kejuruteraan. Seramai 34 orang pelajar lelaki dan 66 orang pelajar perempuan di pilih untuk menjalani ujian ini. Responden merupakan pelajar tahun dua dari Jabatan Teknik dan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Dua set instrumen telah digunakan untuk mendapatkan tahap Keupayaan Spatial pelajar. Set pertama ialah Paper Folding Test, (VZ2) dan Card Rotation Test, (S-1) yang diambil dari Kit of Factor-Referenced Cognitive Tests (Ekstrom, French, Harman & Dermen, 1976) dan set kedua ialah laporan kendiri tentang keupayaan spatial dari MIDAS, (Shearer, 1996). Tahap kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) yang diperolehi untuk ujian VZ2 ialah α = 0.86 dan bagi ujian S-1 ialah α = 0.98. Manakala untuk laporan kendiri nilai α = 0.77. Pencapaian pelajar dalam ujian Keupayaan Spatial dan laporan kendiri dianalisis bersama dengan pencapaian pelajar di dalam Lukisan Kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar di dalam ujian Keupayaan Spatial adalah sederhana. Begitu juga dengan tahap pencapaian laporan kendiri yang berada pada tahap yang sederhana. Keputusan analisis juga menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan di antara pencapaian Lukisan Kejuruteraan dengan Keupayaan Spatial tetapi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan laporan kendiri. Hubungan antara laporan kendiri dengan Keupayaan Spatial adalah signifikan. Cadangan-cadangan daripada hasil dikemukan pada akhir laporan ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Lukisan Kejuruteraan, keupayaan spatial
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10860
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Nov 2010 11:39
Last Modified:26 Feb 2017 07:25

Repository Staff Only: item control page