Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesesesuaian Isi Kandungan, Masa, Alatan Dan Kemudahan Serta Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Mengikut Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru

Hamdan , Abdul Rahim and Sanip, Asma Wati (2010) Kesesesuaian Isi Kandungan, Masa, Alatan Dan Kemudahan Serta Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Mengikut Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru. Kesesesuaian Isi Kandungan, Masa, Alatan Dan Kemudahan Serta Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Mengikut Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
80kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, masa, kemudahan dan alatan serta kaedah tunjuk cara (demonstrasi) bagi matapelajaran Kemahiran Hidup elektif Kemahiran Teknikal mengikut perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah daerah Johor Bahru. Kaedah penyelidikan adalah berbentuk diskriptif yang menggunakan soal selidik terhadap 40 sampel yang dipilih secara rawak. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Ujian-t digunakan bagi melihat perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan, kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru amat bersetuju bahawa isi kandungan sukatan Kemahiran Teknikal adalah bersesuaian untuk pelajar sekolah menengah rendah dengan jumlah min yang tinggi iaitu 3.82. Guru-guru juga bersetuju dengan masa yang diperuntukan iaitu dengan min yang sederhana (3.10) dan juga kemudahan dan alatan yang mencukupi bagi mata pelajaran Kemahiran Teknikal juga dengan jumlah min yang tinggi (3.79). Malahan kaedah pengajaran secara tunjuk cara dalam pengajaran Kemahiran Teknikal amat dipersetujui oleh guru-guru dengan mencatatkan jumlah min yang tinggi (4.10). Berdasarkan ujian-t yang telah dijalankan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan, kemudahan dan alatan yang mencukupi serta kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan dan seterusnya melahirkan guru yang berketrampilan, berdedikasi dan beriltizam tinggi terhadap profesionalisme mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:isi kandungan, masa, alatan, kaedah tunjukcara, guru kemahiran hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10858
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Nov 2010 10:52
Last Modified:03 Nov 2010 10:52

Repository Staff Only: item control page