Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kefahaman Mengenai Tindak Balas Kimia Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima

Arshad , Mohammad Yusof and Yahini, Faizunniza (2010) Kefahaman Mengenai Tindak Balas Kimia Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Kefahaman Mengenai Tindak Balas Kimia Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
32kB

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar sekolah menengah Tingkatan Lima. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang pelajar di tiga buah sekolah menengah dalam daerah Pontian, Johor Darul Ta’zim yang telah dipilih secara rawak. Instrumen kajian ialah soalan-soalan berstruktur yang berkaitan dengan fenomena sains. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan untuk dibuat perbandingan menggunakan Concept Profile Inventory (CPI). Analisis menunjukkan bahawa kefahaman pelajar mengenai konsep tindak balas kimia adalah lemah. Kebanyakan daripada pelajar menggunakan idea alternatif apabila memberikan penjelasan mengenai sesuatu fenomena yang sepatutnya memerlukan penjelasan secara saintifik. Idea-idea alternatif boleh menghalang pembelajaran dan kefahaman konsep-konsep sains. Oleh itu, guru-guru perlu peka serta mengambil kira idea-idea alternatif tersebut dalam merancang sesuatu strategi pengajaran bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tindak balas kimia, pelajar tingkatan lima
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10857
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Nov 2010 10:50
Last Modified:03 Nov 2010 10:50

Repository Staff Only: item control page