Harun, Jamalludin and Abdul Hadi, Noora Sinta (2010) Pembangunan Sistem Pembelajaran Berasaskan Web Bagi Mempelajari Topik Reka Bentuk Interaksi Dalam Laman Web Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Aktif. Pembangunan Sistem Pembelajaran Berasaskan Web Bagi Mempelajari Topik Reka Bentuk Interaksi Dalam Laman Web Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Aktif . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
80kB |
Official URL: https://www.researchgate.net/publication/277757345...
Abstract
Pembelajaran Aktif merupakan satu kaedah untuk melatih pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Penglibatan pelajar dalam proses ini akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam dan menjana ke arah pemikiran aras tinggi berkaitan dengan bahan-bahan dalam kelas. Oleh itu, projek ini dibangunkan berkenaan dengan gabungan strategi pembelajaran aktif dalam pembangunan system pembelajaran menerusi web. Topik yang dipilih untuk projek ini ialah Reka Bentuk Interaksi dalam Laman Web khusus untuk pelajar universiti. Sistem pembelajaran mengintegrasikan beberapa strategi pembelajaran aktif untuk menyokong proses pembelajaran. Ia juga termasuk penggunaan pelbagai jenis elemen interaktif bagi membantu pengguna untuk membentuk konsep mental dan kemahiran dalam membangunkan laman web yang aktif dan interaktif. Sistem pembelajaran ini juga bersifat ramah-pengguna dan interaktif dimana maklum balas segera akan diberikan kepada pengguna untuk setiap tindakan. Di samping itu, aktiviti seperti Eksplorasi dan Refleksi akan disediakan untuk meningkatkan komprehensif pengguna dalam suasana yang menyeronokkan. Proses pembangunan adalah berasaskan Model Reka Bentuk Instruksi Hanaffin & Peck. Macromedia Dreamweaver MX dipilih sebagai perisian pengarangan utama untuk membangunkan sistem pembelajaran menerusi web dan disokong oleh perisian – perisian lain seperti Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop CS dan Adobe Captivate 3. Diharapkan laman web ini dapat membantu pengguna dalam membangunkan sebuah laman web yang mempunyai ciri - ciri Reka Bentuk Interaksi yang baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | melatih pelajar, Pembelajaran Aktif |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10852 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 02 Nov 2010 12:23 |
Last Modified: | 15 Aug 2017 07:32 |
Repository Staff Only: item control page