Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu Bertajuk Asas Elektromekanikal

Yeo, Kee Jiar and Jamil, Noorhadi (2010) Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu Bertajuk Asas Elektromekanikal. Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu Bertajuk Asas Elektromekanikal . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
125Kb

Abstract

Penggunaan perisian multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar semakin meluas dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini. Namun begitu, perisian multimedia untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup sukar didapati di pasaran. Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan satu perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang menggunakan multimedia interaktif dengan gabungan teks, grafik, animasi dan bunyi bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bertajuk “Asas Elektromekanikal”. Isi kandungan perisian disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Satu. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Swishmax 2007 dan gabungan beberapa perisian lain seperti Macromedia Flash, Adobe Photoshop CS, dan Sony Sound Forge 8. Perisian ini disimpan dalam cakera padat dalam format autorun agar bersifat mesra pengguna. Selain menjadi bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran, perisian ini dapat membantu pelajar memahami konsep asas sebelum melakukan kerja amali. Perisian ini telah dinilai dari segi reka bentuk program komputer menggunakan borang soal selidik. Analisis respons daripada soal selidik menunjukkan bahawa perisian PPBK dalam kajian ini telah berjaya dibangunkan mengikut keperluan dan menarik minat pelajar. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka dengan menggunakan elemenelemen multimedia interaktif yang dapat menarik minat serta menggalakkan mereka terhadap pembelajaran secara kendiri. Katakunci: Asas Elektromekanikal, perisian multimedia interaktif, pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Asas Elektromekanikal, perisian multimedia interaktif, pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10851
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2010 12:20
Last Modified:02 Nov 2010 12:20

Repository Staff Only: item control page