Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Staf Maybank Taman Universiti Terhadap Penyertaan Masyarakat Bukan Islam Dalam Sistem Perbankan Islam

Salamon , Hussin and Ismail, Mohamad Ashrof (2010) Persepsi Staf Maybank Taman Universiti Terhadap Penyertaan Masyarakat Bukan Islam Dalam Sistem Perbankan Islam. Persepsi Staf Maybank Taman Universiti Terhadap Penyertaan Masyarakat Bukan Islam Dalam Sistem Perbankan Islam . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
106Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi staf Malayan Banking Berhad (Maybank) cawangan Taman Universiti, Skudai, Johor mengenai faktor-faktor yang mendorong dan menghalang masyarakat bukan Islam memilih produk dan perkhidmatan perbankan Islam serta langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat bukan Islam dalam produk perbankan Islam. Seramai 25 orang staf telah dipilih sebagai sampel kajian yang juga merupakan populasi dalam kajian ini. Set soal selidik yang mengandungi 45 item telah diedarkan kepada responden. Soal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B, manakala respon dinilai berdasarkan lima skala Likert. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 12.0 for Windows secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item yang digunakan. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ? = 0.769. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji iaitu berkaitan persepsi responden terhadap faktor yang mendorong masyarakat bukan Islam memilih produk perbankan Islam dengan nilai min 3.96 dan persepsi mereka terhadap faktor yang menghalang masyarakat bukan Islam memilih produk perbankan Islam dengan nilai min 3.95. Begitu juga dengan persepsi mereka terhadap langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat bukan Islam dalam produk perbankan Islam dengan nilai min 4.39 yang berada pada tahap yang tinggi. Sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat bukan Islam dalam perbankan Islam. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:staf Maybank, system perbankan Islam
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10849
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2010 06:19
Last Modified:02 Nov 2010 06:19

Repository Staff Only: item control page