Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran Generik Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Haron , Zulkiflee and Idris, Aimi Ayuni (2010) Persepsi Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran Generik Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Persepsi Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran Generik Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
97kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar di Jabatan Pembangunan Sosial terhadap penerapan kemahiran generik dalam aktiviti kokurikulum yang diceburi. Dalam konteks kajian ini, tumpuannya meliputi empat aspek iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran keusahawanan serta etika dan moral profesional. Populasi kajian yang diambil ialah pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, UTM yang mengikuti program 2SPI, 2SPL dan 2SPS iaitu seramai 113 orang. Oleh kerana bilangan mereka tidak begitu ramai, kesemua populasi seramai 113 orang pelajar tersebut telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Satu set soal selidik yang mengandungi 37 item telah diedarkan kepada responden. Kajian rintis yang telah dilakukan menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alpha Cronbach ?=0.87. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12. Penganalisaan dibuat mengikut kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa penerapan kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerjasama serta etika dan moral profesional dalam aktiviti kokurikulum yang telah diceburi adalah berada pada tahap yang tinggi manakala penerapan kemahiran keusahawanan dalam aktiviti kokurikulum menunjukkan penerapannya ditahap yang sederhana. Di akhir kajian ini pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan sebagai panduan dan tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak-pihak tertentu.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penerapan kemahiran generic, aktiviti kokurikulum
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10848
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2010 06:17
Last Modified:02 Nov 2010 06:17

Repository Staff Only: item control page