Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan Tahap Kebimbangan Sebelum Dan Selepas Pertandingan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri

Mohd Noor , Mohad Anizu and Ali, Aldellah (2010) Kesan Tahap Kebimbangan Sebelum Dan Selepas Pertandingan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri. Kesan Tahap Kebimbangan Sebelum Dan Selepas Pertandingan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
33Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan tahap kebimbangan sebelum dan selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan atlet. Kepentingan kajian adalah untuk atlet tinju sendiri disamping menjadi bahan rujukan kepada Persatuan Tinju Johor dan Negeri Johor. Tiga komponen set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu Soal Selidik SCAT (Sport Anxiety Test), Soal-Selidik STAI (State Trait Anxiety Inventory) dan Soal-Selidik CSAI-2 (Competitive State Anxiety Inventory-2). Seramai 9 orang atlet telah dipilih sebagai subjek dalam lingkungan 18 - 21 tahun. Subjek diberikan 3 set soal selidik yang diedarkan tiga hari sebelum dan selepas perlawanan dimana 1 set soal selidik sehari. Hasil kajian mendapati kebimbangan dalaman selepas perlawanan (sebelum (x) = 21.78 kepada 15.22). Selain itu, subjek-subjek menunjukkan penurunan kebimbangan luaran (sebelum (x) = 57.11 kepada 27.67) dan tahap keyakinan diri meningkat selepas perlawanan (x = 7.43 kepada 7.71). Dari kajian yang dilakukan pengalaman merupakan faktor utama dalam mengawal tahap kebimbangan. Semakin banyak pertandingan yang disertai oleh atlet semakin banyak kesilapan yang dilakukan semakin banyak kemahiran yang akan atlet perolehi, sekaligus ia akan membantu dan memudahkan atlet mengawal tahap kebimbangan sebelum pertandingan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kebimbangansebelum dan selepas pertandingan, atlet tinju
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10846
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2010 06:13
Last Modified:02 Nov 2010 06:13

Repository Staff Only: item control page