Ismail, Norliana and Zakaria, Siti Radiaton Adawiyah and Samsudin, Salfarina (2023) Konflik pembangunan lot lidi dari perspektif perundangan tanah. International Journal Of Law, Government And Communication (IJLGC), 8 (32). pp. 150-160. ISSN 0128-1763
PDF
395kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.35631/IJLGC.832013
Abstract
Pembangunan lot lidi menarik perhatian masyarakat dan pihak berkuasa negeri. Lot lidi merupakan terma yang diterima pakai oleh masyarakat walaupun tidak didefinisikan di dalam mana-mana peruntukan perundangan tanah. Kajian ini mengupas konsep lot lidi yang boleh difahami melalui beberapa ciri khusus iaitu tanah berimilik dengan kategori pertanian yang berada di dalam kawasan sensitif alam sekitar dan dipecah kepada lot-lot kecil secara tidak sah bagi tujuan kediaman untuk dijual melalui surat ikatan amanah. Kajian ini akan menumpukan kepada konsep lot lidi dari sudut pandang Kanun Tanah Negara. Pendekatan kualitatif digunapakai sebagai metodologi kajian dan data-data dikumpulkan melalui kajian perpustakaan. Dapatan kajian ini memfokuskan kepada konflik pembangunan lot lidi yang berhubung kait dengan Kanun Tanah Negara iaitu kegagalan pendaftaran nama pembeli, pelanggaran syarat nyata tanah dan penyalahgunaan konsep amanah. Kajian ini amat penting dilaksanakan supaya jalan penyelesaian yang komprehensif dapat dirangka untuk menangani isu lot lidi yang tidak boleh dibiarkan tertangguh dan terbiar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Konflik Lot Lidi, Tanah Pertanian, Kegagalan Pendaftaran, Pelanggaran Syarat Nyata, Penyalahgunaan Konsep Amanah. |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > TH434-437 Quantity surveying |
Divisions: | Built Environment |
ID Code: | 108458 |
Deposited By: | Muhamad Idham Sulong |
Deposited On: | 05 Nov 2024 06:24 |
Last Modified: | 13 Nov 2024 00:43 |
Repository Staff Only: item control page