Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan

Yeo, Kee Jiar and Baijan, Noor Aniszah (2010) Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan. Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
116kB

Abstract

Kerja rumah merupakan satu komponen yang penting dalam suatu proses pembelajaran. Kerja rumah berfungsi sebagai latihan kepada pelajar dan melangkaui kerja yang dilakukan di dalam kelas. Walaupun terdapat pandangan yang berbeza mengenai kebaikan kerja rumah, kerja rumah masih dapat menyumbang kepada pencapaian pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti “Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Bagi Mata Pelajaran Matematik Dan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan”. Responden kajian terdiri daripada 101 orang pelajar daripada dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan dalam kawasan Johor Bahru iaitu SJK(C) PU SZE, Skudai dan SJK(C) PEI HWA, Taman Perling. Soal selidik merupakan instrument yang digunakan untuk mengumpul data. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package Forsocial Science (SPSS) version 13.0. Hasil kajian menunjukkan indeks korelasi bagi, pembolehubah peruntukan masa untuk menyiapkan kerja rumah dalam Matematik dan Bahasa Inggeris adalah -0.151dan -0.164. Indeks korelasi bagi pembolehubah kerja rumah jenis latihan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris, indeks korelasi adalah 0.201 dan 0.131 masing-masing. Bagi cara pengelolaan semasa guru memberikan kerja rumah, indeks kolerasi bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah 0.116 dan 0.132 masing-masing. Manakala cara pengelolaan guru selepsa kerja rumah diberikan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris adalah 0.094 dan 0.092 masing-masing. Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan tidak terdapat hubungan antara peruntukan masa, jenis kerja rumah (latihan) dan pengelolaan guru dengan pencapaian pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kerja rumah, pencapaian akademik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10845
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2010 06:11
Last Modified:02 Nov 2010 06:11

Repository Staff Only: item control page