Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelanggaran Tatasusila Agama Dalam Kalangan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (Atm)

Sayed Ahmad, Sayed Mahussain and Saud, Mahani (2010) Pelanggaran Tatasusila Agama Dalam Kalangan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (Atm). Pelanggaran Tatasusila Agama Dalam Kalangan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (Atm) . pp. 1-14. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
675kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelanggaran tatasusila agama dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Seramai 114 orang responden dalam kalangan anggota ATM daripada unit 91 Rejimen Bina RAJD di salah sebuah kem di Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 32 item soalan. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah ?=0.913. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman anggota ATM terhadap tatasusila agama berada pada tahap tinggi iaitu 4.55. Diikuti oleh pelanggaran tatasusila agama yang sering dilakukan oleh anggota ATM berada pada tahap rendah iaitu 1.32. Kemudian, faktor-faktor yang mendorong anggota ATM melanggar tatasusila agama berada pada tahap rendah iaitu 2.03. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pelanggaran tatasusila agama
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10842
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Nov 2010 14:59
Last Modified:15 Aug 2017 07:22

Repository Staff Only: item control page