Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tingkah Laku Asertif Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima Aliran Sains Dan Sastera Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Dalam, Segamat, Johor.

Abd Kadir , Hamdan and Mohd Mustiman, Abd Rahim (2010) Tingkah Laku Asertif Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima Aliran Sains Dan Sastera Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Dalam, Segamat, Johor. Tingkah Laku Asertif Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima Aliran Sains Dan Sastera Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Dalam, Segamat, Johor. . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
95kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan tentang tingkah laku asertif dalam kalangan pelajar aliran sains dan aliran sastera tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Dalam, Segamat. Tujuan kajian adalah mengenalpasti tahap tingkah laku asertif yang dimiliki oleh pelajar. Seramai 170 orang pelajar yang terdiri dari pelajar aliran sastera iaitu seramai 92 orang dan 78 orang pelajar aliran sains telah dijadikan sampel yang diambil daripada populasi seramai 319 orang. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Statistik desktiptif yang melibatkan taburan demografi responden dianalisis dengan menggunakan jadual kekerapan bagi mencari kekerapan dan peratusan. Min skor digunakan untuk melihat tahap tingkah laku asertif. Manakala ujian-t digunakan untuk mengkaji tahap tingkah laku asertif mengikut aliran. Hasil kajian menunjukkan pelajar tingkatan lima berada pada tahap tingkah laku asertif yang sederhana. Manakala melalui ujian-t didapati terdapat berbezaan tahap tingkah laku asertif antara aliran sains dan aliran sastera. Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada organisasi dan pengkaji akan datang bagi meningkatkan mutu kajian pada masa akan depan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tingkah laku asertif, aliran sains dan sastera, SMK Dato Bentara Dalam
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10839
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Nov 2010 10:21
Last Modified:01 Nov 2010 10:21

Repository Staff Only: item control page