Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Islam Fakulti Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad)

Al-Dawamy, Aminuddin Ruskam and Maslih, Masrinah (2010) Persepsi Pelajar Islam Fakulti Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad). Persepsi Pelajar Islam Fakulti Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad) . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
172Kb

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama (murtad). Populasi kajian ini adalah seramai 439 pelajar dari 14 kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 132 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah ? = 0.864. Min untuk mengkaji kepekaan pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama ialah 4.54. Seterusnya, untuk mengetahui pengetahuan pelajar terhadap faktor-faktor dalaman yang mendorong kepada murtad menunjukkan min sebanyak 4.19, manakala pengetahuan terhadap faktor-faktor luaran pula ialah 4.09. Min bagi mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai kesan-kesan daripada penukaran agama ialah 4.24. Kajian menunjukkan pelajar bimbang terhadap pertambahan kes murtad. Beberapa cadangan juga dikemukakan bagi mengatasi masalah murtad ini antaranya ialah ibu bapa hendaklah menekankan pendidikan agama kepada anak-anak sejak dari peringkat awal lagi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pelajar Islam, isu penukaran agama
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10837
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Nov 2010 10:16
Last Modified:01 Nov 2010 10:16

Repository Staff Only: item control page