Zainuddin , Zainal Abidin and Ab Razak, Mohd Farhan (2010) Pengaruh Perbezaan Kelajuan Latihan Konsentrik Otot Lengan Ke Atas Kecederaan Otot. Pengaruh Perbezaan Kelajuan Latihan Konsentrik Otot Lengan Ke Atas Kecederaan Otot . pp. 1-6. (Unpublished)
|
PDF
87kB |
Abstract
Latihan konsentrik adalah aktiviti di mana otot bekerja dalam keadaan memendek. Kajian ini dilakukan untuk melihat kesan Pengaruh Perbezaan Kelajuan Latihan Konsentrik Otot Lengan Ke atas Kecederaan Otot. Kajian ini melibatkan 2 orang subjek lelaki berumur 25 dan 27 tahun yang tidak pernah mengalami kecederaan pada bahagian atas lengan dan tidak mengikuti latihan bebanan. Protokol ini melibatkan 5 set latihan di mana setiap set mempunyai 10 kali ulangan lakuan ‘bicep curl’ dengan beratan bebanan ‘dumbbell’ seberat 7.5 kg bagi mencederakan otot lengan. Subjek diberikan rehat 1 minit di antara set. Rawak mudah digunakan untuk menentukan tangan mana yang akan menjalani latihan konsentrik secara laju dan perlahan. Kecederaan diukur melalui petunjuk tidak langsung kecederaan otot termasuk ukur lilit lengan, sudut pergerakan lengan (ROM) dan ‘delayed onset muscle soreness’ (DOMS). Data diambil dari hari pertama, kedua, ketiga, keempat dan ketujuh. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ketara terhadap pengaruh kelajuan bagi petunjuk tidak langsung ukur lilit lengan dan sudut pergerakan lengan (ROM). Ukuran DOMS pula menunjukkan bahawa lakuan konsentrik secara perlahan boleh menyebabkan kesakitan yang lebih tinggi berbanding lakuan konsentrik secara laju. Kesimpulannya, pengaruh perbezaan kelajuan lakuan konsentrik hanya dapat dilihat pada tahap kesakitan DOMS sahaja tetapi bukan pada petunjuk kecederaan yang lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | latihan konsentrik otot lengan, kecederaan otot |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10836 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 01 Nov 2010 10:13 |
Last Modified: | 01 Nov 2010 10:13 |
Repository Staff Only: item control page