Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar

Sulong , Abdullah and Abdullah, Mawaddah (2010) Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar. Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
68Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh dan hubungan yang wujud antara media elektronik dengan keruntuhan akhlak pelajar. Fokus kajian meliputi pemerhatian terhadap kandungan bahan-bahan yang ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan personaliti televisyen. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set soal selidik yang mengandungi 33 item telah diedarkan kepada 91 responden daripada tiga kursus yang dipilih sebagai responden kajian. Walau bagaimanapun, hanya 87 responden yang mengembalikan. Ianya dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 13.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.808. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kecenderungan responden terhadap permasalahan akhlak membabitkan pelajar adalah sederhana iaitu pada tahap min 3.50. Di samping itu, kandungan bahan-bahan yang ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan personaliti televisyen berada pada tahap min yang sederhana iaitu masing-masing 3.50, 3.10, 3.59, dan 3.28. Analisis secara inferensi dilakukan menggunakan pekali korelasi Pearson (r) dan regrasi (r2) untuk melihat hubungan dan pengaruh yang wujud antara kedua-dua angkubah. Faktor-faktor media elektronik memberikan input yang besar terhadap keruntuhan akhlak pelajar berdasarkan kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dengan nilai r = 0.925, r2 = 0.855, penayangan waktu siaran dengan nilai r = 0.764, r2 = 0.584, pemantauan ibu bapa dengan nilai r = 0.853, r2= 0.727, dan penampilan personaliti televisyen dengan nilai r = 0.798, r2= 0.637.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengaruh media elektronik, keruntuhan akhlak pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10835
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Nov 2010 10:11
Last Modified:01 Nov 2010 10:11

Repository Staff Only: item control page