Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Bertajuk ‘Human Digestive System’ Biology Tingkatan Empat

Jonid, Muslim and Tang, Yuh Jye (2010) Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Bertajuk ‘Human Digestive System’ Biology Tingkatan Empat. Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Bertajuk ‘Human Digestive System’ Biology Tingkatan Empat . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
322kB

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat telah mencipta satu kaedah baru komunikasi antara komuniti dan merangsangkan pembelajaran melalui web. Pembelajaran web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Satu web portal pendidikan bertajuk ‘Human Digestive System’ bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan Empat telah dibangukan dengan memilih MOODLE sebagai platform. Sistem pengurusan kursus, MOODLE mampu menyediakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan mewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di kalangan guru dan pelajar kerana guru, pelajar dan bahan pembelajaran elektronik saling berinteraksi di antara satu sama lain melalui sumber dan aktiviti yang disediakan. Bahan pembelajaran elektronik diisikan dalam web portal ini disediakan dalam format PowerPoint Slide supaya pelajar dapat memuat turunkan bahan pembelajaran elektronik. Bahan pembelajaran elektronik ringkas, padat, menarik dan interaktif kerana menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dengan menggunakan pelbagai perisian seperti Adobe Flash CS3 Professional, Ulead Gif Animator 5.0 , Ulead Cool 3D Production Studio, Sony Sound Forge 7.0 dan Adobe Photoshop CS3. Selain itu, aktivitiaktiviti juga disediakan dalam MOODLE adalah seperti Kuiz, Tugasan, Forum dan ‘Chat’. Projek ini dibangunkan berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE dan teori konstruktivisme telah digunakan sebagai pendekatan utama disamping mengintergrasikan pelbagai strategi dalam penyampaian maklumat seperti latih tubi, tutorial dan simulasi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:MOODLE, Human Digestive System
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10831
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Oct 2010 15:04
Last Modified:15 Aug 2017 04:26

Repository Staff Only: item control page