Harun, Jamalludin and Mohd. Zainul Abidin, Siti Nurulwahida (2010) Pembangunan modul pembelajaran berbantukan video interaktif bagi pembelajaran pengaturcaraan visual basic berdasarkan pendekatan projek. Pembangunan Modul Pembelajaran Berbantukan Video Interaktif Bagi Pembelajaran Pengaturcaraan Visual Basic Berdasarkan Pendekatan Projek . pp. 1-10. (Unpublished)
|
PDF
170kB |
Official URL: http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/utm.eprints-10...
Abstract
Modul merupakan contoh bahan pembelajaran yang telah diterima pakai sejak sekian lama. Walaupun ianya dianggap lapuk dan menerima saingan media elektronik, namun penggunaannya masih diperlukan dan dianggap penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran menerusi modul sudah lama diperkenalkan tetapi pembelajaran menerusi media video interaktif dengan bantuan teknologi komputer belum banyak dipraktikkan. Pembelajaran berbantukan komputer memberi satu dimensi baru dalam dunia pendidikan kerana ianya menarik dan menyeronokkan. Gabungan di antara modul pembelajaran dan video interaktif dilihat bakal memberi impak yang lebih positif terhadap proses pembelajaran. Berdasarkan kelebihan kedua-dua media yang dinyatakan iaitu media bercetak dan video, maka projek ini mengintegrasikan kedua-duanya di dalam satu medium pembelajaran bagi matapelajaran Pengaturcaraan Visual Basic. Dengan hanya membaca dan menonton video mungkin adalah sesuatu yang pasif, maka satu pendekatan yang lebih berorientasikan tugas atau projek iaitu Pembelajaran Berdasarkan Projek (PBP) digunakan bersama dengan modul pembelajaran dan video interaktif ini dan pembinaannya adalah berpandukan Model ADDIE. PBP merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan pelajar membangunkan projek dan isi pelajaran diperolehi dengan penghasilan projek. Penilaian formatif dibuat sepanjang proses pembinaan modul pembelajaran dan video interaktif ini dan soal selidik terbuka telah digunakan bagi penilaian secara tidak formal. Soal selidik terbuka ini mengandungi 5 aspek kajian yang merangkumi isi kandungan, rekabentuk dan kelebihan modul pembelajaran dan video interaktif ini Modul pembelajaran dan video interaktif ini telah dinilai oleh 5 orang penguna yang telah mengikuti mata pelajaran Pengaturcaraan Visual Basic. Melalui penilaian tersebut didapati gabungan modul pembelajaran dan video interaktif ini mampu meningkatkan kefahaman pelajar dan memberi impak dalam penguasaan pelajar terhadap aplikasi yang dibangunkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | modul pembelajaran, video interaktif, visual basic |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10830 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 31 Oct 2010 15:01 |
Last Modified: | 15 Feb 2017 07:14 |
Repository Staff Only: item control page