Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian tingkahlaku pelanggan terhadap perkhidmatan katering di kawasan kampus

Sapri, Maimunah and Baba, Maizan and Mohamed, Abdul Hakim (2004) Kajian tingkahlaku pelanggan terhadap perkhidmatan katering di kawasan kampus. PROCEEDINGS OF THE 3rd MICRA CONFERENCE . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
416kB

Abstract

Perkhimatan katering bukanlah perniagaan teras bagi sesebuah organisasi namun perkhidmatan yang baik dan memenuhi kehendak pelanggan akan menjadikan sesuatu perniagaan teras berjalan dengan berkesan. Pengurusan perkhidmatan dan fasiliti yang berkualiti mampu membantu organisasi mencapai objektif strategik organisasi. Ini sekaligus dapat melancarkan perjalanan pengoperasian organisasi tersebut. UTM telah banyak membina tempat-tempat makan di sekitar kampus samada berbentuk kafeteria, dewan makan dan arked. Selain dari itu penumpuan khusus kepada perkhidmatan katering yang disediakan di dalam kampus juga diberikan perhatian. Isu yang dibangkitkan adalah pembinaan tempat-tempat makan ini mengalami prestasi yang berbeza dan perbezaannya amat ketara. Terdapat tempat-tempat makan yang ramai pengunjungnya dan ada pula yang terlalu sedikit sehingga tempat tersebut terpaksa ditutup. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan mengenalpasti tingkahlaku pelanggan terhadap perkhidmatan katering di dalam kawasan kampus bertujuan membaiki kelemahan yang ada di samping memberi panduan kepada pihak pengurusan di dalam keputusan membina tempat-tempat makan. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, soal selidik dan perbincangan telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan, faktor lokasi merupakan faktor penting di dalam tingkahlaku pelanggan memilih tempat makan di kawasan kampus. Oleh yang demikian di dalam pembinaan tempat makan di kawasan kampus faktor lokasi perlu diutamakan. Antara faktor-faktor lain yang dikenalpasti mampu menjadi daya tarikan kepada pelanggan di dalam pemilihan perkhidmatan katering adalah harga makanan yang berpatutan, kualiti makanan yang dijual, kepelbagaian jenis makanan, kualiti servis / perkhidmatan. Berdasarkan kepada faktor-faktor yang dikenalpasti, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa UTM dan pihak pengurus kafeteria untuk mengatasi permasalahan yang wujud. Kata Kunci: Faciliti, katering, perkhidmatan, tingkahlaku, pelanggan, lokasi

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:1083
Deposited By: Dr Suriatini Ismail
Deposited On:26 Feb 2007 04:48
Last Modified:22 Dec 2011 01:53

Repository Staff Only: item control page