Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Modul Eksperimen Fizik Berbantukan Komputer Bagi Tajuk Momentum

Ibrahim, Mohd Ali and Daud, Siti Nurul Aisyah Aini (2010) Pembangunan Modul Eksperimen Fizik Berbantukan Komputer Bagi Tajuk Momentum. Pembangunan Modul Eksperimen Fizik Berbantukan Komputer Bagi Tajuk Momentum . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
32kB

Abstract

Eksperimen merupakan satu aktiviti hands on yang akan membawa kepada penemuan suatu konsep dan seterusnya meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep tersebut. Dapatan eksperimen yang tepat dan boleh dipercayai adalah amat penting bagi meningkatkan kefahaman dan keyakinan pelajar. Selaras dengan arus pembangunan teknologi pengkomputeran, eksperimen berbantukan komputer amat perlu diperkenalkan kepada pelajar sebagai tapak permulaan sebelum melangkah ke alam industri yang lebih canggih teknologinya. Projek yang dilakukan menerangkan pembangunan Modul Eksperimen Fizik Berkomputer (MEFB), tajuk Momentum dengan menggunakan peralatan Pasco dan perisian DataStudio. Pembinaan projek ini bertujuan membantu pelajar menjalankan Eksperimen Fizik Berkomputer (EFB) bagi tajuk Momentum. Aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam MEFB ini masih mengekalkan konsep hands on dan penerapan Kemahiran Proses Sains. Inovasi hanya dilakukan pada cara untuk mendapatkan data dan menganalisis data tersebut di mana data-data akan dikesan oleh sensors dan dianalisis oleh komputer dengan menggunakan perisian DataStudio. Model yang digunakan untuk pembinaan MEFB ini ialah Model RELAD. Manakala model untuk reka bentuk eksperimen pula ialah Model Inkuiri Saintifik. Proses penulisan MEFB menggunakan perisian Microsoft Office Word 2007 dan rekabentuknya dibina dengan menggunakan Microsoft Office Publisher 2007. Oleh itu, MEFB Momentum yang dibina adalah sesuai digunakan oleh manamana individu yang ingin menjalankan EFB Momentum dengan menggunakan peralatan Pasco dan perisian DataStudio.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:modul eksperimen, momentum
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10829
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Oct 2010 14:58
Last Modified:15 Aug 2017 04:04

Repository Staff Only: item control page