Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membangunkan Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (Abm) Bertajuk ‘Sexual Reproduction In Flowering Plants’ Bagi Mata Pelajaran Biologi Tingkatan Lima

Jonid, Muslim and Wakanan, Lydiawati (2010) Membangunkan Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (Abm) Bertajuk ‘Sexual Reproduction In Flowering Plants’ Bagi Mata Pelajaran Biologi Tingkatan Lima. Membangunkan Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (Abm) Bertajuk ‘Sexual Reproduction In Flowering Plants’ Bagi Mata Pelajaran Biologi Tingkatan Lima . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
81kB

Abstract

Sejak tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan komputer dalam pengajaran terutamanya subjek Sains dan Matematik. Sehubungan itu, satu modul perisian ABM versi Bahasa Inggeris yang bertajuk Sexual Reproduction in Flowering Plant dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima telah dibangunkan. Diharapkan ABM ini dapat membantu guru untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Biologi seterusnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih konduksif. Oleh itu, suasana pembelajaran menjadi menarik dan berkesan dengan pelbagai elemen multimedia seperti teks, audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan kesemua sensori pelajar. Ia akan memudahkan pelajar memahami konsep sains yang abstrak. Perisian Microsoft Office PowerPoint® 2003 merupakan asas pembangunan modul dan mengunakan perisian sokongan termasuklah Sony Sound Forge v7.0, Ulead Gif Animator 5.0, SwiSHmax, Adobe PhotoshopCreative Suite 2, Screen Virtuoso Pro 2.40 dan lain-lain. Modul ini mengandungi lesson, quiz, games, glossary dan user guide. Modul ini dipakejkan ke dalam bentuk cakera padat sebagai fail mudah alih bagi memudahkan penggunaan guru dan pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:alat bantu mengajar (ABM), biologi, computer
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10827
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Oct 2010 14:52
Last Modified:15 Aug 2017 04:28

Repository Staff Only: item control page