Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembangunan Kaum Sikh Dalam Bidang Keusahawanan Di Bandaraya Kuala Lumpur

Rajuddin, Muhammad Rashid and Kaur, Jesbains (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembangunan Kaum Sikh Dalam Bidang Keusahawanan Di Bandaraya Kuala Lumpur. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembangunan Kaum Sikh Dalam Bidang Keusahawanan Di Bandaraya Kuala Lumpur . pp. 1-14. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
249kB

Abstract

Kajian ini dilakukkan bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan kaum Sikh dalam bidang keusahawanan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat empat aspek yang menjadi fokus dalam kajian ini iaitu factor pengurusan, perkhidmatan, dalaman dan pasaran. Pengkaji menjalankan temuramah dengan kaedah temuramah berstruktur kepada 40 responden yang berdaftar dengan Network of International Sikh Entrepreneurs (NISE). Keputusan kajian dianalisis mengunakkan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.00. Hasil kajian menunjukkan faktor perkhidmatan merupakan faktor yang paling dominan atau pendorong yang paling utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan Sikh iaitu bagaimana usahawan memberi perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Ia diikuti dengan faktor pengurusan yang merangkumi pengurusan kewangan dan pekerja. Namun begitu , sistem aperentis kurang diamalkan oleh usahawan Sikh di mana tidak ramai yang mewarisi perniagaan keluarga. Di samping itu, faktor dalaman yang merangkumi sikap, motivasi dan keyakinan diri yang tinggi juga menjanjikan kejayaan usahawan Sikh. Majoriti usahawan Sikh mengunakkan teknologi e-perniagaan untuk memasarkan produk mereka tetapi terdapat segelintir yang masih mengunakkan kaedah konvensional. Berdasarkan hasil kajian, dicadangkan agar usahawan berfikiran terbuka dalam merebut peluang dan meluaskan perniagaannya di pasaran antarabangsa. Selain itu, mereka haruslah peka terhadap sebarang perubahan dan permintaan pasaran semasa supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Mereka juga haruslah bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran agar perniagaan mereka dapat bersaing di pasaran global.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bidang keusahawanan, kaum Sikh, pembangunan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10826
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Oct 2010 14:49
Last Modified:15 Aug 2017 04:09

Repository Staff Only: item control page