Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Keselamatan Di Bengkel Membuat Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( Mpv ) Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor: Satu Tinjauan

Minghat, Asnul Dahar and Pandin, Ismail (2010) Amalan Keselamatan Di Bengkel Membuat Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( Mpv ) Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor: Satu Tinjauan. Amalan Keselamatan Di Bengkel Membuat Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( Mpv ) Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor: Satu Tinjauan . pp. 1-12. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
211kB

Abstract

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan meninjau sejauh manakah amalan keselamatan di bengkel membuat perabot dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di kalangan pelajar tingkatan 4 di tiga buah sekolah menengah iaitu SMK. Taman Seri Perling, Johor Bahru, SMK. Bukit Gambir, Muar dan SMK. Datuk Menteri, Batu Pahat di negeri Johor. Responden dalam kajian ini seramai 60 orang. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah ? = 0.65. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan kelima-lima persoalan berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.50 bagi kepentingan amalan keselamatan, nilai min 4.43 bagi persekitaran bengkel sentiasa selamat, nilai min 4.15 bagi mematuhi amalan keselamatan, nilai min 4.10 bagi kemahiran dalam menyenggara alatan tangan dan mesin seterusnya nilaimin 3.98 bagi pengetahuan sedia ada pelajar. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan. Katakunci: bengkel membuat perabot, keselamatan, Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bengkel membuat perabot, keselamatan, Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10824
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Oct 2010 14:44
Last Modified:11 Feb 2017 03:26

Repository Staff Only: item control page